TUARAN: Tuntutan 40 peratus hasil Sabah kekal menjadi fokus kerjasama antara Persekutuan dan Sabah dengan kerajaan Pusat segera memastikan pelaksanaannya mengikut saluran dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan komited menunaikan tuntutan pemberian itu dengan kadar segera seperti termaktub dalam undang-undang. Katanya, justeru itu antara langkah konkrit dilakukan kerajaan dengan ia dibawa ke perbincangan mesyuarat Jemaah Menteri dan diumumkan secara terbuka…










