PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengambil pelbagai langkah persediaan mengurangkan impak bencana melalui pengurusan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain banjir yang melanda lapan negeri setakat hari ini, terdapat beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan termasuk berhampiran pangsapuri di Jalan Sepadu 6, Taman United, Seputeh, Kuala Lumpur. Katanya, sejurus menerima maklumat kejadian, pihak kementerian telah menggerakkan pasukan teknikal Jabatan Kerja…









