‘Jangan ulang kesilapan pilih parti gagal tadbir'

‘Jangan ulang kesilapan pilih parti gagal tadbir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANGGAR: Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan pengundi supaya tidak mengulangi kesilapan memilih parti yang pernah diberi peluang mentadbir tetapi gagal menunjukkan prestasi meyakinkan ketika berkuasa.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, Sabah akan mundur ke belakang jika mandat dikembalikan kepada kumpulan yang telah pun diuji dan gagal memenuhi harapan rakyat.

“Jangan sesekali beri peluang kepada mereka yang pernah jadi kerajaan untuk menjadi kerajaan lagi,” katanya dalam siri kempen Rumah Kita, Kita Jaga di DUN Darau, yang turut dihadiri calon GRS, Mohamed Razali Mohamed Razi.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengumumkan kerajaan negeri telah memutuskan agar mana-mana tanah kerajaan di sekitar Kota Kinabalu dijadikan rizab kampung tersusun untuk penempatan rakyat tempatan yang kini dikategorikan sebagai setinggan.

Keputusan itu katanya, telah diluluskan Jemaah Menteri beberapa bulan lalu, dengan tanah kerajaan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk diwartakan sebagai perkampungan tempatan.

“Penduduk tidak perlu lagi bimbang dihalau atau dipindahkan. Jabatan Tanah dan Ukur sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk diwartakan sebagai rizab kampung di Darau dan Karambunai,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengulas secara ringkas pendedahan video ahli perniagaan, Albert Tei mengenai dakwaan pemberian rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Iskandar Mat Akin. 

“Itu dia orang punya hal lah,” katanya ringkas. 

Semalam, tersebar video dikaitkan dengan ahli perniagaan, Albert Tei menunjukkan seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai proksi kepada Shamsul Iskandar yang meletakkan jawatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN