Jangan sampai aib anda pula yang terbuka - Farahdhiya - Utusan Malaysia

Jangan sampai aib anda pula yang terbuka – Farahdhiya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Anda dapat apa kongsi aib bekas kekasih kepada umum?”

Demikian sindiran penyanyi, Farahdhiya berhubung sikap segelintir pihak yang bertindak menceritakan keburukan bekas kekasih mereka kepada masyarakat.

Penyanyi berusia 41 tahun itu berpandangan sikap tersebut bukan sahaja melambangkan peribadi yang tidak matang, malah tidak berkelas.

“Antara benda paling red flag adalah menjalinkan hubungan dengan lelaki atau perempuan yang bila putus atau bercerai habis membuka aib bekas pasangannya kepada satu dunia.

“Sangat tidak matang dan tiada kelas. Anda dapat apa kongsi aib bekas kekasih kepada umum?” tulisnya di platform Thread.

Berkongsi lanjut, Farahdhiya juga menasihatkan kepada golongan tersebut agar berfikir semasak-masak sebelum mencanang keburukan bekas pasangan.

“Saya tak hormat golongan macam ini. Tak malukah? Tak kasihan dekat keluarga dan anak-anak?

“Anda nampak terdesak dan kebudak-budakkan. Gunalah akal yang tuhan bagi dgn sebaik baiknya.

“Jangan lupa, semua orang ada aib masing-masing, jangan sampai aib anda pula yang terbuka,” tergurnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN