KAPAYAN: Wanita bukan sekadar penyokong politik tetapi tonggak strategik dalam pembangunan dengan peranan besar dalam menyara keluarga dan memastikan kesejahteraan masyarakat. Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang berkata, pengalaman harian wanita menjadikan mereka pemimpin isu sebenar masyarakat. “Wanita berada di barisan hadapan dalam menangani cabaran hidup seharian. Mereka faham isu praktikal yang boleh melambatkan penyelesaian masalah dan ini memberikan mereka kelebihan dalam merancang…










