Jambatan modular disedia kawasan risiko terputus hubungan

Jambatan modular disedia kawasan risiko terputus hubungan

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula 6 November ini dan berterusan hingga 26 Mac tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, persiapan itu termasuk siap siaga bilik gerakan banjir selama 24 jam iaitu antara tiga tahap persediaan yang diutamakan kementerian berkenaan.

“Selain pengaktifan bilik gerakan banjir, kami turut menggerakkan pasukan di peringkat daerah dan negeri dengan kerjasama agensi penyelamat lain.

“Pada masa sama, kami turut menambah kemudahan seperti jambatan modular sebagai langkah persediaan di kawasan berisiko terputus hubungan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Program JKR Greenday 2025 di sini, hari ini.

Sebelum ini Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, sebanyak tujuh  set jambatan modular telah diagihkan kepada negeri Kelantan (sartu set), Sabah (tiga) dan Sarawak (tiga) melalui kerjasama antara JKR dan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bagi menghadapi MTL kali ini.

NADMA juga turut menerima peruntukan sebanyak RM460 juta sebagai persediaan menghadapi bencana dengan 10 kompleks tandas lengkap bekalan air bersih akan ditambah di pusat pemindahan sementara (PPS).

– UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN