BANGI: Keputusan kerajaan untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil yang diperoleh dari Sabah bukan disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 29 November ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober lalu. “Kita sudah buat, malah menaikkan dari RM56 juta kepada RM600 juta. “Ini bukan disebabkan PRN, kita (kerajaan) sudah terima (keputusan mahkamah). Berbelas kali mesyuarat…










