KOTA KINABALU : Universiti Awam (UA) dan swasta tidak pernah menghalang mana-mana pelajarnya untuk pulang mengundi dalam mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, hak mengundi bagi pelajar dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Mengambil contoh kes tertentu sepertimana berlaku di Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkaitan penganjuran hari konvokesyennya, katanya pihak universiti sudah pun memutuskan untuk menyelaras semula tarikhnya. “Dua bulan…










