PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dianggap sebagai penyelamat parti itu. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ada hikmahnya apabila Mohd. Rafizi tewas dalam pemilihan Mei lalu dan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi. Katanya, rentetan itu, Mohd. Rafizi kini aktif berpolitik dengan menyumbangkan idea-idea di Parlimen dan pelbagai platform media sosial, sekali gus membantu menghidupkan semula harapan rakyat terhadap PKR.…










