SABAK BERNAM: Selangor meraih perolehan hasil tahunan lebih RM2.4 bilion melepasi sasaran RM2.35 bilion atau 103 peratus sehingga November. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia menunjukkan tren positif lima tahun berturut-turut hasil pentadbiran berkesan serta pengurusan ekonomi negeri yang mampan. “Alhamdulillah, berkat kerjasama semua pihak termasuk sumbangan daripada masyarakat di Bernam, hasil negeri setakat bulan November telah melepasi RM2.4 bilion, melebihi sasaran yang ditetapkan. “Itu membuktikan daya tahan…










