Hamzah tak jawab soalan, tinggalkan Ibu Pejabat Bersatu - Utusan Malaysia

Hamzah tak jawab soalan, tinggalkan Ibu Pejabat Bersatu

Ketua Menteri Sabah
HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan menjawab sebarang soalan pengamal media selepas menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di ibu pejabat parti itu, sebentar tadi.

Hamzah meninggalkan lokasi sekitar pukul 10.50 malam tadi.

Difahamkan, mesyuarat tergempar yang dipengerusikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diadakan bagi membincangkan isu kepemimpinan parti yang didakwa mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.

Hamzah antara pemimpin utama yang hadir ke mesyuarat berkenaan sekitar pukul 8.30 malam diikuti Muhyiddin kira-kira 10 minit kemudian.

Selain isu kepemimpinan, mesyuarat itu turut menumpukan kepada persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, termasuk pembahagian kerusi dan calon berpotensi.

Terdahulu, dilaporkan 16 daripada 25 ahli Parlimen Bersatu menandatangani surat menyatakan ketidakpuasan hati dan kebimbangan terhadap kepemimpinan Presiden, yang dipercayai menjadi punca utama mesyuarat tergempar malam ini diadakan.

Situasi itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan kepemimpinan Bersatu serta hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beberapa pihak dalam parti sebelum ini juga dikatakan mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan Presiden untuk memberi laluan kepada kepimpinan baharu bagi memperkukuh semula parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN