Hamzah kekal Ketua Pembangkang

Hamzah kekal Ketua Pembangkang – Muhyiddin

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Tidak berlaku sebarang pertukaran jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, sekali gus menolak spekulasi kononnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan digantikan oleh Datuk Dr. Radzi Jidin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kedudukan Hamzah kekal seperti sedia ada dan PN tidak pernah mempertimbangkan apa-apa perubahan.

“Tidak ada apa-apa. Tidak ada pertukaran. Kekalkan sahaja. Dia (Radzi) pun tidak boleh di situ kalau dia (Hamzah)  tidak  ditukar. Kekal seperti mana yang ada sekarang,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan bersama kepimpinan PN di Pogram Abah bersama rakyat Pelancaran Era Baru Pantai Dalit, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata segala spekulasi yang bertebaran sejak beberapa hari lalu telah pun reda selepas semua pimpinan tertinggi PN berkumpul di kediamannya, kelmarin.

“Tidak ada apa-apa masalah. Semua berjalan dengan baik. Mereka semua memberikan sokongan padu. Ini sebagai satu langkah untuk kita persetujukan dalam Majlis Tertinggi supaya tidak ada isu-isu yang berterusan sampai bila-bila.

“Sebab kita mahu supaya parti kita (Bersatu) dan PN kukuh dan kuat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 yang akan datang,” katanya.

Muhyiddin turut menegaskan bahawa kekuatan dalaman PN ketika ini berada pada tahap terbaik, disokong semangat perpaduan dan kesepakatan semua pemimpin.

Beliau pada masa yang sama turut menyeru agar tumpuan diberikan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi PRU16, bukan pada khabar angin yang boleh menggugat fokus gabungan berkenaan.

“Yang penting, semua berada dalam keadaan kukuh dan bersatu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN