GRS dijangka terus kekal di Karanaan

GRS dijangka terus kekal di Karanaan

MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REKOD khidmat wakil selama 21 tahun di samping pertembungan tujuh penjuru memberi kelebihan kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun untuk mengekalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pertembungan tujuh penjuru kali ini pada dasarnya membuka ruang kejutan, namun penilaian akar umbi menunjukkan penyandang itu kekal berada dalam kedudukan selesa kerana popularitinya tidak semata-mata bergantung pada jenama parti, sebaliknya kepada rekod kerja dan kepercayaan masyarakat terhadap keupayaannya.

Berbanding enam calon lain, 18,696 pengundi dikatakan mengenali Masidi yang dikatakan lebih mudah didekati dan cepat turun padang untuk bertemu rakyat khususnya dalam keadaan memerlukan.

Pada PRN 2020, Masidi memenangi Karanaan melalui dua lambang. Mula-mula BN dan kemudian PN namun masih berjaya mengutip antara 60 hingga 88 peratus undi, faktor ini menyumbang kepada kedudukan selesa GRS di Karanaan menjelang 29 November ini.

Menurut sumber dalaman, jaringan akar umbi Masidi terbina sejak dua dekad lalu melalui hubungan langsung dengan ketua-ketua kampung, pemimpin masyarakat dan badan sukarela di Karanaan, menjadikannya calon sukar digugat walaupun berdepan kempen agresif oleh lawan di media sosial walaupun pernah menggunakan lambang berbeza dan kali ini GRS.

Pertembungan tujuh penjuru secara teori membuka ruang kejutan, namun realiti akar umbi tidak menggambarkan risiko besar kepada penyandang, jika konsisten bekerja untuk rakyat dan ekat dengan komuniti serta diyakini mampu menawarkan khidmat pembangunan

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, beliau berdepan dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan projek mineral di negeri itu.

Namun sebahagian pengundi Karanaan terutama kelompok pertengahan usia dan komuniti petani yang lebih kenal calon boleh buat kerja berbanding politik persepsi.

Mungkin hubungan rapat dengan komuniti serta keberkesanan pentadbiran dianggap jauh lebih signifikan berbanding tuduhan yang tidak bersandarkan bukti tidak menolak kemungkinan menjadi elemen calon GRS itu dipilih semula.

Dalam konteks lebih luas, isu ini mencerminkan peralihan budaya politik Sabah, di mana serangan bersifat skandal tidak lagi cukup untuk meruntuhkan kewibawaan calon berpengalaman tanpa bukti nyata.

Sekiranya tiada perubahan besar menjelang hari mengundi, DUN Karanaan kekal berada dalam genggaman GRS, sama ada berkurangan atau bertambah, itu bergantung kepada penilaian pengundi nanti.

Jika momentum sokongan semasa kekal sehingga hari mengundi, dijangkakan DUN Karanaan kekal berada dalam genggaman GRS, malah Masidi berpotensi menambah majoriti berbanding PRN 2020. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN