Festival Gendang Sarawak tarikan pelancongan baharu

Festival Gendang Sarawak tarikan pelancongan baharu

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Pertandingan Akhir Gendang Melayu Sarawak sempena Festival Gendang Sarawak, semalam. Turut mengiringi Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Fauziah Mohd. Sanusi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Festival Gendang Sarawak (FGS) 2025 bukan sekadar pesta seni tetapi peluang mempersembahkan keunikan Gendang Melayu Sarawak sebagai warisan bersejarah yang semakin mendapat perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berkata, dengan tema Nadi Warisan Irama Tradisi, festival edisi ke-12 itu turut menjadi platform memperkasa seni pergendangan tradisional sebagai identiti budaya Sarawak yang masih segar dan relevan dalam arus moden, sekali gus menyokong matlamat Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

“Penganjuran FGS edisi ke-12 ini merupakan program sinergi antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak bertujuan menyemarakkan pelancongan­ berasaskan budaya agar terus­ dilestarikan serta dapat di­nikmati oleh semua lapisan masyarakat,” katanya dalam ke­nyataan.

Acara Gendang Melayu Sa­rawak ini merupakan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui JKKN de­ngan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) serta Pejabat Residen Kuching.

Program telah berlangsung selama empat hari bermula 30 Oktober lalu di Tebingan Ku­ching, bersempena Kuching Waterfront Festival-Sarawak Regatta 2025.

Majlis perasmian disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berkenan berangkat bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Antara pengisian penganjuran ialah pertandingan gendang melibatkan enam zon di seluruh Sarawak yang diadakan buat pertama kali yang turut menarik penyertaan peserta dari negara Brunei Darussalam.

Selain itu, turut diadakan Seminar Kearifan Tempatan: Survival Gendang Melayu Sarawak, Pertandingan Gendang Melayu Sarawak dan Pertandingan Bakat Kenyalang FGS 2025
FGS 2025 bukan sekadar pentas hiburan tetapi lambang kebangkitan seni tradisional Nusantara yang berpotensi besar menjadi produk pelancongan budaya unggul bagi Sarawak dan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN