SEREMBAN: Dua graduan Universiti Sains Islam (USIM) menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) sempena Majlis Konvokesyen Ke-23 universiti itu hari ini. Mereka ialah Anas Azmi, 25, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah serta graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian, Ridhwan Ariffin, 23. Anas berkata, dia memilih menyambung pelajaran dalam bidang itu didorong motivasi oleh arwah abang dan arwah bapanya…










