Cubaan seludup tiga juta biji pil kuda ke Malaysia gagal

Cubaan seludup tiga juta biji pil kuda ke Malaysia gagal

POLIS Narathiwat merampas pil kuda dan menahan dua suspek dalam serbuan di Daerah Tak Bai, Thailand yang dipercayai cuba diseludup ke Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pi­hak berkuasa Thailand mematahkan cubaan sindiket dadah rentas sempadan untuk menyeludup hampir tiga juta biji pil kuda ke Malaysia dalam tiga serbuan pada 1 dan 4 November lalu.

Jurucakap Bahagian Narkotik Polis Wilayah 9 berkata, dalam serbuan itu pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis senjata api yang digunakan sindiket terbabit.

Katanya, serbuan pertama pada 1 November lalu di kawasan semak di Mukim Nanak, Tak Bai di sini, polis merampas lebih 1.89 juta biji pil kuda serta menahan dua anggota sindiket.

“Kejayaan itu hasil intipan yang dilakukan oleh Bahagian Narkotik Polis Wilayah Narathiwat pada pukul 9.40 malam selepas menerima maklumat awam dadah dihantar menggunakan perkhidmatan kurier. Dadah itu dihantar dari Tachileik, Myanmar. Pil kuda tersebut disembunyikan di Mukim Nanak, Daerah Tak Bai, sementara menunggu peluang untuk diseludup ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jurucakap itu berkata, siasatan mendedahkan kedua-dua suspek mempunyai kaitan de­ngan rangkaian pengedaran dadah dari Tachilek.

Katanya, pasukan khas polis kemudian melakukan serbuan kedua dan menahan lima lagi anggota sindiket di Wilayah Yala serta merampas dadah beberapa pucuk pistol.

“Susulan kes itu, polis kemudian merampas satu juta pil kuda dalam serbuan ketiga di Wilayah Pattani pada 4 November lalu. Pihak berkuasa merampas aset bernilai lebih 5.88 juta baht (RM759,099) yang dimiliki sindiket terbabit,” ujarnya.

Jurucakap itu berkata, semua suspek akan didakwa atas ke­salahan bersama-sama memiliki untuk menjual narkotik Kategori 1 yang sekali gus menjejaskan keselamatan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN