PM beri bayangan pelajar STPM bakal dapat elaun

PM beri bayangan pelajar STPM bakal dapat elaun

ANWAR Ibrahim pada Program Temu Anwar di Restoran Seng Kee, Muar, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Berita baik menanti pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak boleh membuat pengumuman lanjut kerana akan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, isu elaun untuk pelajar STPM sudah dipertimbangkan dan diangkat oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ke mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini.

“Saya tidak boleh mengumumkan lebih daripada itu di Johor kerana ia melanggar peraturan pilihan raya tetapi perkara ini telah diangkat oleh Fadhlina beberapa ketika dulu.

“Dan saya kata tunggu semasa pembentangan Belanjawan 2027, saya akan umumkan berita yang baik,” katanya pada Program Temu Anwar, Johor ke Depan di Dewan Restoran Seng Kee PTL di sini hari ini.

Anwar menjawab soalan seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak mengenai kesediaan kerajaan memberikan elaun kepada pelajar STPM.

Menjawab mengenai usaha mengurangkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar, Perdana Menteri berkata, beliau sudah mengusulkan cadangan baharu kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengatasi masalah tersebut.

“Setiap daerah mulai sekarang akan memilih 10 sekolah rendah, 10 sekolah menengah di seluruh Malaysia sebagai ujian bagaimana kita boleh berikan tumpuan untuk meningkatkan mutu pendidikan, itu permulaan walaupun ada cara-cara lain yang KPM sedang selenggarakan.

“Semua syarikat-syarikat besar yang mendapat keuntungan besar, saya minta untuk mengambil sekolah angkat, sekolah rendah dan sekolah menengah angkat untuk bantu, memberi serta menambah kemudahan supaya diangkat martabat dan mutu pendidikan,” katanya.

Katanya, KPM akan melakukan pemantauan sementara Kementerian Kewangan melaksanakan penyelarasan dengan syarikat-syarikat besar di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN