Calon PH Api-Api tidak pernah dakwa dirinya peguam

Calon PH Api-Api tidak pernah dakwa dirinya peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Api-Api tidak pernah mendakwa dirinya sebagai seorang peguam.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, tanggapan salah itu akibat pemimpin PKR Semenanjung yang membesar-besarkan kelayakan Thonny Chee dalam aktiviti kempen PRN Sabah.

“Chee tak pernah mendakwa dirinya peguam. Beliau ambil jurusan undang-undang di universiti, tetapi tidak praktiknya.

“Salah faham itu mungkin timbul daripada beberapa pemimpin yang memperkenalkannya sebagai peguam semasa berkempen,” katanya semalam.

Beliau berkata, Chee ditapis sebelum dinamakan calon dan ramai graduan undang-undang tidak meneruskan kerjaya sebagai peguam selepas tamat pengajian.

Chee pernah bertanding di kerusi Parlimen Kudat pada PRU 2022 tetapi tewas pertandingan lima penjuru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN