PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Api-Api tidak pernah mendakwa dirinya sebagai seorang peguam. Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, tanggapan salah itu akibat pemimpin PKR Semenanjung yang membesar-besarkan kelayakan Thonny Chee dalam aktiviti kempen PRN Sabah. “Chee tak pernah mendakwa dirinya peguam. Beliau ambil jurusan undang-undang di universiti, tetapi tidak praktiknya. “Salah faham itu mungkin timbul daripada beberapa pemimpin yang memperkenalkannya sebagai peguam semasa berkempen,” katanya semalam.…










