SETELAH dua kali mencuba, Sanae Takaichi akhirnya berjaya melakar sejarah baharu buat Jepun apabila dipilih sebagai Perdana Menteri wanita pertama negara itu. Pemimpin berusia 64 tahun itu meraih majoriti mudah 237 undi daripada 456 kerusi di Dewan Rendah, menewaskan beberapa calon lain termasuk daripada Parti Demokratik Perlembagaan (CDP), Yoshihiko Noda. Dikenali sebagai tokoh konservatif tegas dan dianggap pelindung ideologi mendiang bekas perdana menteri Shinzo Abe, Takaichi dipilih mengetuai Parti Liberal…










