KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Thonny Chee menangkis tohman terhadapnya berkaitan tidak fasih berbahasa Cina sehingga menjadi satu isu perlu diberi perhatian serius.
Menurutnya, ini kerana komuniti cina di kawasan ditandinginya semuanya fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.
“Saya boleh gunakan dua bahasa ini untuk berkomunikasi dengan mereka. Orang yang cuba menggunakan isu (tidak pandai berbahasa cina) ini sebenarnya dia melihat komuniti cina itu mungkin tidak bijak.
“Sedangkan, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu dalam komuniti Cina terutamanya di Sabah ini semuanya fasih.
“Jadi saya tidak nampak ada isu (berkait tidak pandai berbahasa cina),” katanya dalam sidang media bersama PKR di hari ini hari ini.
Beliau mengulas mengenai tuduhan sesetengah pihak yang menyatakan beliau tidak fasih berbahasa Cina.
Mengulas lanjut, Thonny turut mengesahkan beliau sedang mempelajari Bahasa Mandarin dan Hakka.
“Bahasa cina ini intonasinya berbeza-beza. Kadangkala sebutannya sama, tapi bila intonasinya itu diubah sedikit, maksudnya akan menjadi lain.
“Daripada saya ‘gantung diri’ cakap bahasa Cina yang salah, lebih baik saya cakap bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang mana mereka pun faham,” katanya. – UTUSAN










