BUDI95: Tiada isu tunggu lama, berbaris panjang isi petrol

BUDI95: Tiada isu tunggu lama, berbaris panjang isi petrol

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang isu berhubung pengguna terpaksa menunggu lama atau berbaris panjang untuk mengisi petrol di stesen sepanjang pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95).

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, program subsidi tersebut disediakan dengan kapasiti pelayan yang jauh lebih besar dan mampu memproses lebih 10 kali ganda iaitu 30,000 transaksi seminit.

“Betul, ada sedikit isu teknikal berlaku di mana stesen petrol tidak dapat verifikasi kad pengenalan. Kita memang memantau pelaksanaan ini secara berterusan, namun keseluruhan pelaksanaannya berjalan lancar.

“Sehingga semalam, seramai 13.6 juta rakyat telah melaksanakan lebih daripada 143.5 juta transaksi pengisian petrol di bawah program BUDI95. 

“Kadar transaksi mencatatkan puncak sebanyak 41.2 ribu transaksi seminit manakala purata kadar transaksi adalah sekitar 15 ribu transaksi seminit,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Sungai Besar) berhubung kesukaran pengesahan MyKad di stesen petrol tertentu.

Hui Ying berkata, pengguna yang layak menerima BUDI95 perlu memastikan kad pengenalan mereka sentiasa berfungsi dengan baik bagi memudahkan transaksi pembelian RON95.

“Berkenaan verifikasi kad pengenalan ini penting bagi pengguna yang membeli RON95. Jadi, kita mesti memastikan dokumen pengenalan dalam keadaan baik dan berfungsi sempurna untuk memudahkan urusan harian.

“Para pengguna perlu segera ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar MyKad sekiranya menghadapi masalah kerosakan cip atau kegagalan identiti dikesan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×