BNPL boleh ganti kad kredit

BNPL boleh ganti kad kredit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konsep Buy Now, Pay Later (BNPL) mempu­nyai potensi besar sebagai inovasi kewangan digital yang mampu membuka akses kredit dengan lebih inklusif.

Pengarah Operasi Pemasaran Digital di Qoyy Global, Muhammad Emir Badrul Hisham berkata, BNPL sebenarnya membuka peluang kepada golongan muda dan pekerja baharu yang belum layak memohon kad kredit, untuk menikmati kemudahan kredit secara kecil-kecilan.

“Dalam masa sama, ia juga menjadi ruang pembelajaran awal tentang pengurusan hutang sebelum terlibat dengan komitmen kewangan yang lebih besar.

“Bagaimanapun, tanpa kawalan dan pendidikan kewangan yang mencukupi, BNPL boleh mengulangi kesilapan budaya ‘kredit mudah’, apabila pengguna berhutang tanpa kesedaran kewangan yang jelas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Fenomena BNPL dalam kala­ngan pelajar bukan sekadar trend penggunaan baharu, tetapi isyarat awal kepada tekanan ekonomi sebenar yang dihadapi golongan muda.

Penganalisis ekonomi, Dr. Abu Sofian Yaacob pula berkata, kenaikan kos sara hidup dan kelemahan kuasa beli sebabkan ramai pelajar bergantung kepada kemudahan hutang mikro seperti BNPL bagi menampung keperluan asas.

Mengulas lanjut, Muhammad Emir berkata, BNPL sepatutnya kekal sebagai alat inovatif, bukan perangkap hutang.

Katanya, ramai pengguna termasuk dirinya pada awal penggunaan kurang mengambil tahu tentang kos tersembunyi atau cara data peribadi digunakan oleh platform BNPL.

“Apabila saya guna lebih lama, saya mula perasan setiap platform ada struktur caj tersendiri, seperti penalti lewat bayar atau caj servis kepada peniaga, yang kadangkala diserap ke dalam harga produk.

“Ramai pengguna masih tidak menyedari bagaimana data pembelian dan corak perbelanjaan mereka digunakan untuk sasaran promosi atau tawaran peribadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN