BN sokong GRS bentuk kerajaan Sabah

BN sokong GRS bentuk kerajaan Sabah

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam pembentukan negeri yang baharu selepas keputusan Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah diumumkan malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, BN telah memberikan sokongan untuk bersama membentuk Kerajaan Negeri Sabah.

“Terima kasih kepada seluruh Jentera BN yang telah bertungkus lumus sepanjang PRN Sabah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, BN hanya mencatat kemenangan di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lamag, Sukau, Kunak, Bengkoka, Liawan dan Sook.

Semalam, keputusan PRN Sabah penuh sengit menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan gagal mendapat sekurang-kurangnya 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi daripada 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dalam PRN Sabah.

Selain itu, Parti Warisan (Warisan) meraih 25 kerusi manakala B pula enam, Bebas (lima), UPKO (tiga), Star (dua), Pakatan Harapan (satu), Perikatan Nasional (satu) dan KDM (satu).

Bagaimanapun Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada pukul 3.10 pagi.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN