BN dan PH bekerjasama demi kemenangan Moyog

BN dan PH bekerjasama demi kemenangan Moyog

R. Ramanan (tiga dari kanan) dalam sidang akhbar bersama kepimpinan UMNO Penampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Minggu terakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) buat pertama kali menyatakan kerjasama secara terbuka untuk saling membantu calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog.

Perkembangan itu susulan Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Saleh membuat kenyataan bahawa PKR tidak memberikan sebarang arahan kepada ahlinya mengenai parti mana yang perlu disokong di kawasan pertembungan antara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata, tindakan tersebut sudah pun dibincang bersama dengan kepimpinan parti PH dan BN. 

“Kita sudah umum sebelum ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Memang kita bekerjasama dengan Barisan Nasional, ini bukan satu yang baharu. 

“Memang terbukti kerjasama ini boleh berlaku, dengan kerjasama yang bagus dan sudah pasti saya dapat Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai Ketua Bahagian UMNO Penampang senang bagi kita mempunyai kerjasama,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd. Hasnol berkata, kerjasama PH dan BN ini merupakan cadangan daripada Ramanan dan berharap ia menjadi contoh di DUN lain bagi tujuan memperoleh kemenangan. 

“Ya, kita akan bergerak bersama dan itu juga cadangan daripada Datuk Ramanan. Saya tidak mahu melepasi sempadan tetapi beliau mencadangkan agar kita turun sebagai satu pasukan, bukan bergerak secara terpisah. Lebih baik kita gabungkan jentera PH dan BN, berapa pun jumlah masing-masing. 

“Di Penampang, Alhamdulillah, kita memang tiada masalah. Seperti saya sebut dalam perjumpaan sebelum ini, semuanya harmoni dan boleh bekerjasama dengan baik,” katanya. 

DUN Moyog menyaksikan 12 pertembungan termasuk rakan parti kerajaan Perpaduan iaitu calon GRS, Joeynodd Aiko Ronald C Bansin manakala PH mempertaruhkan Remysta Jimmy Taylor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN