KUALA LUMPUR: Banyak operasi membabitkan kartel dadah rentas negara yang ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini dibuat secara sulit jauh tanpa perhatian umum. Langkah ini bagi mengelakkan sindiket mengubah taktik dan melepasi radar penguatkuasaan. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, operasi sulit, perkongsian risikan dan kerjasama rentas sempadan secara senyap sudah lama menjadi tunjang usaha Malaysia memerangi pengedaran dadah, meskipun hanya sedikit daripadanya didedahkan kepada umum.…










