Banjir: KPT buat persiapan awal, universiti dibenar kelas dalam talian

Banjir: KPT buat persiapan awal, universiti dibenar kelas dalam talian

ZAMBRY Abd. Kadir ketika meninjau persiapan penganjuran Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melakukan persiapan awal bagi menghadapi bencana banjir terutama membabitkan proses pembelajaran penuntut universiti.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya sentiasa memberi ruang kepada pihak universiti yang terjejas banjir untuk melaksanakan proses pengajian mengikut kesesuaian termasuk pembelajaran secara dalam talian.

“Kita sentiasa memberi peringatan dan membuat persiapan di peringkat awal terutama di negeri-negeri yang sering terlibat dengan bencana banjir seperti di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

“Ini kerana angin monsun di hujung tahun biasanya membawa risiko banjir. Biasanya, insya-Allah, di peringkat universiti pun kita membuat persiapan awal,” katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan penganjuran Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 di sini, hari ini.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada membenarkan kelas dalam talian boleh dilaksanakan jika bencana banjir melanda.

Pada 29 November tahun lalu, media melaporkan seramai 3,029 penuntut institusi pengajian tinggi awam terjejas banjir dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kampus manakala 42 lagi dipindahkan ke PPS luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN