BUKIT KAYU HITAM: Kenderaan memasuki Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, menurun mendadak susulan banjir di Hat Yai. Rata-rata pengembara terutama pelancong tempatan menangguhkan perancangan bercuti ke Thailand selepas mengetahui banyak kawasan di selatan negara itu dinaiki air. Ketua Unit Komunikasi dan Korporat Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Nur Suhaida Azmi berkata, masih ada kenderaan yang menghala…










