SHAH ALAM: Baki 25 peratus pampasan kepada 19 pemilik tanah di sepanjang 150 meter Seksyen 3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Kampung Jawa, Klang seperti yang diputuskan sebelum ini dimuktamadkan, hari ini. Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, bagaimanapun penduduk yang masih berkeras tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan itu perlu mengemukakan bantahan kepada mahkamah untuk diputuskan. Menurutnya, setakat ini, penduduk atau pemilik tanah perlu…










