Tiga lelaki, seorang wanita ditahan akibat gaduh

Tiga lelaki, seorang wanita ditahan akibat gaduh

Gaduh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Empat individu termasuk seorang wanita ditahan susulan berlaku perselisihan yang dipercayai turut melibatkan seorang pempengaruh, dekat Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa berlaku perselisihan antara keluarga dan isteri pengadu dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu.

“Polis kemudian menahan empat individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 59 tahun untuk membuat siasatan.

“Pegawai penyiasat sedang dalam proses melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Kamalariffin, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diseru berhubung dengan kami untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN