AS penyumbang utama e-waste haram di Malaysia

AS penyumbang utama e-waste haram di Malaysia

GAMBAR HIASAN SAMPAH ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) merupakan penyumbang utama sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang diseludup masuk ke negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata, kebanyakan e-waste yang memasuki ke negara ini secara haram berpunca daripada salah tafsir serta kesilapan di negara asal.

Katanya, bagi sisa buangan yang berasal dari luar negara, Malaysia akan menghantar balik ke negara asal melalui mekanisme ditetapkan.

“Proses ini memerlukan pemberitahuan rasmi kepada pihak berkuasa negara asal dan setakat ini, kerjasama di peringkat antarabangsa amat baik.

“Kita akan terus memperkukuh hubungan dengan negara-negara terlibat bagi memastikan semua pengurusan buangan dijalankan mengikut undang-undang antarabangsa dan tidak menjejaskan alam sekitar negara ini.” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Wan Abdul Latiff berkata, setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tiada pergerakan rentas sempadan bagi buangan toksik dan berbahaya, termasuk yang bertujuan untuk pelupusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN