SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan menggunakan khidmat veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai tahun depan bagi mengukuhkan lagi operasi kawalan pintu masuk negara. Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, inisiatif tersebut diambil selepas perbincangan bersama pihak veteran ATM bagi meneliti pelaksanaan model kerjasama yang telah digunakan oleh agensi perkhidmatan lain sejak empat tahun lalu. Katanya, penglibatan veteran itu akan dilaksanakan bagi membantu…










