AI bukan lagi pilihan, tetapi keperluan dunia akademik

AI bukan lagi pilihan, tetapi keperluan dunia akademik

AHMAD Zahid Hamidi merasmikan Festival Idea Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn menegaskan, dunia pendidikan tinggi kini sedang melangkah ke sempadan baharu yang mana kecerdasan buatan (AI) bukan lagi pilihan, tetapi keperluan.

Menurutnya, AI boleh dimanfaatkan bagi tujuan inovasi dalam pembelajaran, kecekapan pentadbiran dan penyelidikan berimpak tinggi di peringkat universiti dan institusi pendidikan tinggi.

“AI bukan lagi masa depan yang jauh, ia sudah hadir dan sedang mengubah setiap aspek kehidupan kita termasuk pendidikan.

“Kini, kita memikul tanggungjawab berganda untuk memanfaatkan kekuatannya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 di sini, hari ini.

Katanya, pihak universiti mesti berada di barisan hadapan dalam membangunkan rangka kerja tadbir urus AI yang berpusatkan ASEAN.

Dr. Kao berkata, pelajar bukan sahaja perlu dididik cara menggunakan AI, tetapi juga bagaimana memahami implikasi sosialnya, dan memastikan ia berkhidmat untuk kemanusiaan.

“Sebagai permulaan, kita beruntung mempunyai program seperti AI Ready ASEAN, iaitu inisiatif digital utama oleh Yayasan ASEAN.

“Program itu menerima sumbangan sebanyak AS$5 juta daripada Google.org, dengan matlamat meningkatkan literasi AI secara menyeluruh di semua negara anggota ASEAN,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN