KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) mengeluarkan amaran tegas bahawa mana-mana ahlinya yang memilih untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah dipecat serta-merta. Setiausaha Agung PGRS, Datuk Mohammad Razali Razi berkata, tindakan bertanding atas tiket bebas adalah bercanggah dengan pendirian parti yang menjadi komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). “PGRS menegaskan bahawa individu yang membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas tidak lagi…









