51.19 peratus keluar mengundi PRN Sabah

51.19 peratus keluar mengundi PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Separuh atau 51.19 peratus daripada daripada 1.78 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab setakat pukul 2 petang, sejak proses pengundian dibuka pada 7.30 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sehingga pukul 2 petang, terdapat 892,174 orang atau 51.19 peratus pengundi telah keluar mengundi.

Terdahulu, sebanyak 882 pusat dan 3,559 saluran mengundi di seluruh Sabah mula dibuka pada 7.30 pagi untuk memberi ruang kepada 1.78 juta pengundi negeri ini bagi menjalankan tanggungjawab.

Pada Selasa lalu, seramai 17,615 orang atau 92.5 peratus daripada 24,426 pengundi awal yang merangkumi anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing telah menjalankan tanggungjawab masing di 58 pusat mengundi awal yang ditetapkan SPR.

Masa depan Sabah bergantung kepada 1.7 juta pengundi PRN Sabah pada hari ini yang bakal menentukan calon dan parti manakah bakal mentadbir kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Selepas dua minggu Sabah hangat dengan kempen pilihan raya bermula 15 November lalu, kini masanya mereka memilih dalam kalangan 596 calon daripada 22 parti politik dan 74 calon Bebas yang menawarkan diri untuk bertanding di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti mudah 37 kerusi diperlukan bagi membentuk kerajaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN