PETALING JAYA: Sebanyak 50 peratus bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadah itu menolak tawaran berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, masalah kewangan antara faktor utama penolakan tersebut. Beliau turut mendedahkan bahawa, 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) mempunyai simpanan kurang RM1,300. “Keadaan itu menyebabkan pendeposit dengan baki simpanan kurang RM1,300 belum layak menunaikan haji kerana jumlah…










