2.2 bilion penduduk dunia tidak pernah guna internet

2.2 bilion penduduk dunia tidak pernah guna internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan Bang­sa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan le­bih suku penduduk glo­bal tidak pernah menggunakan internet.

Laporan baharu daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di bawah PBB menunjukkan kira-kira enam bilion penduduk dunia kini menggunakan internet.

Angka ini meningkat sebanyak 200 juta berbanding 5.8 bilion pengguna pada tahun 2024.

Namun, angka itu juga bermakna ada 2.2 bilion individu yang langsung tidak mempunyai akses ke internet.

Menurut tinjauan tahunan Facts and Figures, jumlah mereka yang tidak pernah menggunakan internet hanya menurun sedikit berbanding 2.3 bilion pada tahun 2024, meskipun rangkaian mudah alih 3G sudah meliputi 96 peratus populasi dunia.

Majoriti besar mereka yang tidak mempunyai akses internet tinggal di kawasan termiskin dunia.

Walaupun akses internet bertambah baik dari tahun ke tahun, wujud jurang ketersambungan yang besar antara negara paling kaya dan paling miskin.

Di negara berpendapatan rendah dengan pendapatan purata kurang daripada AS$1,135 (RM4,709) seorang, hanya 23 peratus penduduk menggunakan internet.

Afrika mencatatkan penggunaan internet terendah, dengan 36 peratus penduduk pernah berada dalam talian, diikuti oleh negara-negara Arab (70 peratus) dan rantau Asia Pasifik (77 peratus).

Hanya lapan hingga 12 peratus penduduk Eropah dan benua Amerika yang masih tidak mempunyai akses internet.

Bagi negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan purata melebihi AS$13,935 (RM57,816) seorang, sekitar 94 peratus rakyatnya berada dalam talian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN