GUA MUSANG: Kira-kira 30 murid dan pelajar di Batu 11, Kampung Serian di sini tidak dapat hadir ke sekolah hari ini apabila jambatan yang menjadi laluan utama ke kampung itu dilimpahi air Sungai Galas. Seorang penduduk, Muhamad Rofi Ismail, 58, berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk tidak dapat ke kebun dan menghantar anak ke sekolah. “Lebih 30 murid dan kanak-kanak tabika tidak dapat ke sekolah hari ini selepas paras air menutup…









