KUALA LUMPUR: Khidmat fotografi tanpa lesen terus beroperasi di sekitar Suria KLCC di sini, meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan penguatkuasaan secara berkala. Operasi pukul 9 malam malam tadi mengesan lebih 20 individu yang menjalankan kegiatan itu dan dikenakan notis kompaun dalam operasi dijalankan bersama pasukan KL Strike Force. Kumpulan jurugambar jalanan itu beredar sebaik menyedari kehadiran pasukan operasi, namun kembali semula dan meneruskan aktiviti mereka tidak lama kemudian.…










