KOTA KINABALU: Peratusan keluar mengundi awal Pilihan Raya Dewan (PRN) Sabah mencatatkan 22.28 peratus setakat pukul 9.00 pagi ini. Terdahulu, sebanyak 58 pusat pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dibuka serentak di seluruh negeri bermula pukul 8 pagi ini, sebelum ditutup secara berperingkat mengikut ketetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Proses pengundian awal bagi PRN Sabah membabitkan seramai 24,426 pengundi awal, terdiri daripada 11,697 anggota tentera serta pasangan, manakala 12,729…










