YAPEIM agih lebih RM721 juta kepada 10 juta penerima 

YAPEIM agih lebih RM721 juta kepada 10 juta penerima 

ABDUL Khudis Mohd. Naaim (kiri) menyampaikan replika cek kepada penerima Program Sinar Lestari YAPEIM (bina baharu rumah) sewaktu Majlis Perasmian Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) Kolaborasi Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini. -  UTUSAN/ NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) mengagihkan lebih RM721 juta kepada lebih 10 juta penerima manfaat di seluruh negara bermula 1985 hingga September tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Abdul Khudus Mohd. Naaim berkata, agihan atau sumbangan tersebut membabitkan tiga teras YAPEIM iaitu pembangunan ekonomi Islam, pendidikan dan kemasyarakatan.

“YAPEIM berperanan mensejahterakan ummah dalam pembangunan ekonomi Islam, bantuan pendidikan kepada kumpulan sasar, menyediakan program komuniti sama ada secara berpanjangan atau sekali (one-off) serta sumbangan amal jariah kepada yang memerlukan bantuan.

“Hari ini, YAPEIM dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM)  menganjurkan Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) Peringkat Negeri  Terengganu dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM550,000 bagi membantu masyarakat memerlukan di sekitar Tasik Kenyir. PPKY ini merupakan projek ke-14 sejak dimulakan pada Februari 2023 di Masjid Jamek Kampung Bharu, Kuala Lumpur,”  katanya ketika merasmikan PPKY Kolaborasi YDSM di Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV), Tasik Kenyir, di sini hari ini.

Kata beliau, pelaksanaan PPKY di Terengganu turut melibatkan bantuan sumbangan Program Sinar Lestari YAPEIM (bina baharu rumah) kepada dua ketua keluarga yang masing masing bernilai RM80,000 satu unit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN