Dua wanita Indonesia maut, SUV terbabas rempuh surau sekolah

Dua wanita Indonesia maut, SUV terbabas rempuh surau sekolah

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan dua warganegara Indonesia yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) naiki  mereka terbabas sebelum merempuh surau Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, Pasir Puteh, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Dua wanita warga Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) naiki mereka terbabas sebelum merempuh surau Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.34 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 50-an meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan beberapa mangsa tersepit dalam nahas tersebut.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati, nahas itu melibatkan sebuah SUV jenis Honda CR-V dinaiki enam warga Indonesia iaitu lima wanita dan seorang lelaki.

“Dua wanita maut dalam kejadian itu manakala empat lagi cedera. Siasatan lanjut mendapati, semua mangsa mempunyai hubungan persaudaraan dan mereka mempunyai dokumen sah untuk berada di negara ini.

“Kemalangan itu juga tidak melibatkan pelajar sekolah. Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN