Warga emas mati lemas, jatuh ketika memancing di Sungai Gadek

Warga emas mati lemas, jatuh ketika memancing di Sungai Gadek

ANGGOTA bomba menemui mayat Otman Ahmad di dasar Sungai Gadek, Alor Gajah, Melaka selepas hampir sejam operasi pencarian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas ditemukan mati lemas dipercayai terjatuh ketika memancing di Sungai Gadek berhampiran Balai Polis Gadek di sini, semalam.

Mangsa, Otman Ahmad, 76, ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada pukul 10.51 malam selepas hampir sejam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Ketua Zon 2 JBPM Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anak saudara mangsa pada pukul 8.49 malam.

“Wanita itu memberitahu bapa saudaranya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan sawan tidak pulang sejak petang semalam. Hanya basikalnya ditemui di tebing sungai dan dipercayai terjatuh ketika memancing,” katanya.

Zulkhairani berkata, mangsa ditemui dalam keadaan telangkup di dasar sungai sedalam dua meter. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN