KOTA KINABALU: Sebanyak 11 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kalansanan, Inanam, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari, berkata, bagaimana tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu.
“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 9.30 malam dan mendapati kebakaran membabitkan 12 rumah jenis tidak kekal telah terbakar. Hasil operasi mendapati 11 rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah mengalami kerosakan 50 peratus,” katanya
Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran sepanjang 300 kaki dengan enam pancutan, menggunakan sumber air daripada tangki jentera serta sumber terbuka sungai berhampiran.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.-UTUSAN










