Wanita PGRS sokong Hajiji kekal Ketua Menteri

Wanita PGRS sokong Hajiji kekal Ketua Menteri

REDONAH Bahanda (dua dari kiri) menerima cenderamata selepas Taklimat Gerak Kerja Jentera Wanita PGRS PRN Sabah Ke-17 bagi DUN Sulaman, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Kesemua 74 Bahagian Sayap Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di negeri ini dan Labuan menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor untuk kekal sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Ketua Wanita PGRS, Datuk Redonah Bahanda berkata, kesinambungan kepemimpinan itu demi kestabilan, kemajuan dan masa depan rakyat yang lebih baik.

Katanya, pihaknya akan menjadi tulang belakang kekuatan parti dalam memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN kali ini.

Beliau berkata, jenteranya akan memainkan peranan bukan sahaja sebagai pelaksana di lapangan tetapi penyampai aspirasi kerajaan kepada rakyat di seluruh pelosok negeri.

“Wanita adalah tulang belakang kekuatan parti. Kita bukan sekadar menyokong dari belakang tetapi berdiri sebaris dalam perjuangan memastikan kesinambungan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor yang telah membuktikan kemampuan membawa kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Taklimat Gerak Kerja Jentera Wanita PGRS PRN Sabah Ke-17 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di Kampung Lok Batik di sini, baru-baru ini.

Redonah berkata, DUN Sulaman merupakan nadi politik kepemimpinan Hajiji dan kemenangan di situ akan menjadi simbol keutuhan sokongan rakyat terhadap beliau.

“Sulaman bukan sekadar kawasan pilihan raya tetapi simbol kekuatan perjuangan PGRS dan GRS. Kejayaan mempertahankan Sulaman akan menjadi tanda jelas bahawa rakyat masih menaruh keyakinan kepada kepimpinan beliau (Hajiji),” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN