KOTA TINGGI: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian kecurian kabel di Jalan Semanggar di sini yang tular di media sosial semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di laman Facebook This Is Johor memaparkan video seorang individu melarikan diri daripada ditangkap orang awam. “Video berkenaan menunjukkan individu terbabit cuba mengelak daripada ditahan selepas disyaki mencuri kabel di lokasi kejadian. “Pada pukul 6.38 petang…