Tikam pelajar: Mangsa ditikam banyak kali didada, leher

Tikam pelajar: Mangsa ditikam banyak kali didada, leher

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mangsa yang maut dalam kejadian tikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai ditikam beberapa kali pada bahagian dada dan leher.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, proses bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa ditikam secara berulang kali.

Katanya, hasil bedah siasat terhadap mayat pelajar berusia 16 tahun di Jabatan Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati banyak kesan luka ditemukan pada tubuh mangsa.

“Mangsa dipercayai ditikam berulang kali pada bahagian leher dan dada,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Katanya, polis setakat ini masih menunggu laporan rasmi daripada pakar patologi untuk butiran lanjut.

Proses bedah siasat selesai kira-kira pukul 2.30 pagi ini dan mayat mangsa selesai dituntut pada pukul 7.30 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN