SEREMBAN: Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan 62 jongkong tembaga milik sebuah syarikat di Nilai pada September lalu. Tertuduh, R. Uthayakumar, 34, dan C. Narendran, 50, masing-masing bekerja sebagai pemandu lori serta V.Navendre Nair, 24, seorang penganggur bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, mereka didapati telah melakukan rompak berkumpulan terhadap sebuah syarikat…