SEREMBAN: Tindakan meminta peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menandatangani surat permohonan pelepasan segera sebelum menyertai misi ke Gaza merupakan langkah diplomatik senyap. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu bagi mempercepatkan proses pembebasan sekiranya mereka ditahan pihak berkuasa Israel. Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan lebih awal oleh sekretariat misi berkenaan sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP), memandangkan risiko penahanan sememangnya dijangka berlaku berdasarkan pengalaman…