SEREMBAN: Tindakan meminta peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menandatangani surat permohonan pelepasan segera sebelum ke Gaza adalah langkah diplomatik senyap bagi mempercepatkan proses pembebasan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, surat itu bukan tanda menyerah kalah, sebaliknya strategi diplomasi berasaskan kebijaksanaan dan pengalaman misi terdahulu. “Ramai salah faham dan mengkritik seolah-olah kita tunduk kepada Israel. Ini bukan soal tunduk, tetapi soal kebijaksanaan diplomatik. “Proses perundangan di Israel…